24.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Bajet 2023: MoF komited sokong sektor peranti perubatan

Pada 2021, sebanyak RM7.7 bilion jumlah pelaburan telah ditarik daripada sektor ini merangkumi beberapa syarikat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan komited untuk terus menyokong sektor peranti perubatan sebagai antara sektor pertumbuhan utama menerusi pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sumbangan sektor peranti perubatan termasuk mencipta 39,000 peluang pekerjaan dari 2017 hingga 2021 di samping menyumbang eksport bernilai RM41.3 bilion pada tahun lepas.

“Daripada 30 pemain industri peranti perubatan terbesar di dunia, 10 beroperasi di Malaysia termasuk di Pulau Pinang.

“Pada 2021, sebanyak RM7.7 bilion jumlah pelaburan telah ditarik oleh sektor ini merangkumi beberapa syarikat yang telah beroperasi di Bayan Lepas selama 50 tahun, dan syarikat yang sedang dalam proses membina kilang baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Kejayaan syarikat peranti perubatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara tidak perlu diragukan lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Bajet 2023 perlu dibentang semula jika PRU sebelum diluluskan

Beliau berkata, baru-baru ini, beliau telah mengadakan sesi jelajah Bajet 2023 ke Pulau Pinang untuk melengkapkan jelajah ke semua negeri dan telah mempengerusikan sesi dialog bersama lebih 20 peserta industri peranti perubatan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

“Sesi libat urus dengan beberapa syarikat pemula niaga teknologi pertumbuhan tinggi turut diadakan.

“Menerusi peruntukan tersebut, ia telah berjaya menambah baik usaha untuk menerapkan konsep ekonomi kitaran sebagai asas kepada pembangunan ekopelancongan lestari di Malaysia,” katanya.

Baca juga:   MoF jemput kongsi pandangan penyediaan Bajet 2022

Beliau berkata, sokongan kepada industri ekopelancongan adalah strategi serampang dua mata untuk memelihara khazanah alam semula jadi negara dan pada masa sama menyasarkan pelancong bernilai tinggi. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Sikap tak endah urus harta si mati membimbangkan

SIKAP tidak mengendahkan pengurusan harta pusaka si mati, menyebabkan banyak harta pusaka yang tidak dituntut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan