29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Agong berkenan terima menghadap Naib Presiden Turkiye

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Naib Presiden Turkiye, Fuad Oktay di Hotel JW Marriot Ankara sempena Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke Turkiye.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, sesi menghadap tidak berjadual itu diadakan susulan sesi menghadap Seri Paduka Baginda bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada majlis Sambutan Negara pada Selasa lalu.

Menurutnya, pada sesi yang berlangsung selama sejam itu, beberapa isu telah dibincangkan khususnya dalam hubungan dua hala.

Pendekatan itu selaras dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turkiye pada bulan lepas yang mana hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye telah dipertingkatkan daripada Kerangka Kerja Bagi Kerjasama Strategik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

“Peningkatan ini khususnya dalam memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang sedia ada dan turut menerokai bidang baharu antaranya keselamatan makanan, pendidikan, komoditi, perkhidmatan kewangan, pertahanan, minyak dan gas serta tenaga boleh diperbaharui,” katanya dalam kenyataan di Ankara, Turkiye hari ini.

Fuad Oktay bersama rombongannya menhadap Al Sultan Abdullah di Ankara, Turkiye.

Dalam pada itu, beliau berkata, isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi menghadap itu turut mengambil kira lanjutan daripada lawatan Menteri Luar Turkiye ke Malaysia pada awal Ogos lalu.

Tahun ini merupakan tahun ke-58 hubungan diplomatik Malaysia dan Turkiye yang terjalin sejak 1964.

Malaysia dan Turkiye telah menandatangani 23 perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) sejak 1977 dan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara semakin berkembang sejak termeterainya perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada 2014.

Turkiye adalah rakan kongsi perdagangan ketiga terbesar Malaysia di Timur Tengah selepas Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan jumlah perdagangan antara dua negara merekodkan RM16.97 bilion pada tahun lepas serta jumlah eksport bernilai RM14.12 bilion manakala, jumlah import bernilai RM2.84 bilion.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan