29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MPN syor BNM wujud tabung makanan, atasi tekanan inflasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) memberi cadangan supaya Bank Negara Malaysia (BNM) dapat mewujudkan tabung makanan (Fund For Food) sebagai langkah mengurangkan beban rakyat daripada tekanan inflasi.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tabung berkenaan boleh disediakan menerusi pinjaman yang diwujudkan oleh bank-bank komersial kepada pengusaha makanan untuk mempertingkatkan sumber yang diperlukan negara.

“Diminta supaya institusi kewangan bank-bank komersial perdagangan Malaysia menyediakan sebahagian daripada pinjaman mereka untuk menggalakkan pengusaha-pengusaha, penanam, petani menerokai secara agresif untuk mengeluarkan bahan-bahan makanan yang diperlukan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di Kuala Lumpur, yang turut disiarkan menerusi Facebook beliau hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, penyediaan sumber makanan yang cukup untuk rakyat boleh membantu golongan B40 khususnya, pada ketika ekonomi yang mencabar ini.

Beliau berkata, dalam mesyuarat MPN hari ini juga turut membincangkan empat perkara termasuk isu cacar monyet, pemulihan ekonomi negara dan isu kenaikan bahan binaan yang dihadapi oleh sektor pembinaan selain industri logistik pelabuhan yang dilihat bertambah pulih.

“Pihak KKR telah mengenal pasti empat isu yang dihadapi sektor pembinaan iaitu kos bahan binaan, kekurangan pekerja, penyediaan tempat tinggal pekerja serta aliran tunai syarikat yang lemah,”katanya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, MPN turut berpendirian agar kerajaan mengkaji semula pelaksanaan subsidi bersasar.

Jelasnya ini kerana, lebih 50 peratus subsidi kerajaan dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi.

“Sebab itu kalau perkara itu diambil langkah segera dikaji semula supaya subsidi hanya digunakan khusus kategori memerlukan maka kesan daripada inflasi dapat kita kurangkan,” katanya lagi. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan