27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022

Kekayaan Sultan Johor, Selangor hasil aktiviti korporat

Bukan hasil lintah yang hisap darah rakyat seperti didakwa Dr Mahathir sejak 1980-an lagi

Mesti Baca

KEKAYAAN yang dimiliki oleh Sultan Johor dan Sultan Selangor adalah hasil penglibatan diri dalam pelbagai aktiviti korporat dan bukannya lintah yang menghisap darah rakyat sepertimana diputar belit oleh seorang bekas pemimpin negara sejak tahun 1980-an.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim yang memetik kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, pelaburan itu juga bukan hasil perniagaan monopoli beras, gula, tepung atau kontrak kerajaan sepertimana dilakukan oleh kroni-kroni mereka yang berkuasa sejak 1981 lagi.

Baginda bertitah, Sultan Ibrahim sudah menjelaskan bahawa sejak pemerintahan Sultan Ibrahim Abu Bakar pada 1899, Sultan Johor telah mendermakan semua elaun yang diterima daripada kerajaan negeri dan Pusat kepada rakyat.

Sultan Ibrahim menjelaskan perkara itu menerusi kenyataan yang disiarkan oleh Royal Press Office menerusi Facebook rasmi baginda.

“Sekarang jelas Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah memperbetulkan penipuan yang telah diputarbelitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 30 tahun dahulu pada awal 1980-an yang mengatakan bahawa 10 Raja-raja Melayu adalah lintah yang menghisap duit rakyat hingga kering.

Baca juga:   Sultan Johor mahu Tunku Ismail terus terajui JDT

“Saya tahu bahawa Sultan Johor dan Selangor kaya dengan hakmilik mereka menerusi pelbagai penglibatan dalam aktiviti-aktiviti korporat.

“Dan pelaburan ini bukanlah monopoli beras, monopoli gula, monopoli tepung, AP import, kuota, kontrak kerajaan, konsesi swasta dan banyak lagi sebagaimana yang dilakukan oleh kroni-kroni kepada mereka yang berkuasa sejak Mahathir mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri pada 1981 dan selepas Anwar Ibrahim menyertai UMNO pada 1982,” titah baginda menerusi Facebook malam tadi.

Baca juga:   Jangan dahului MyIPO, cap dagang 'Harimau Menangis' belum lulus

Tunku Ismail bertitah, mungkin kerajaan ada membayar gaji kepada 10 Raja-raja Melayu tetapi bagi pihak kesultanan negeri itu, kesemua wang diterima itu dikembalikan kepada rakyat, lama sebelum pembentukan Malaya pada 1948 dan ketika British masih lagi menjajah Kepulauan Melayu.

Titah baginda, amalan itu diteruskan ketika zaman Almarhum Sultan Iskandar Ismail di mana kesemua elaun disalurkan ke Yayasan Sultan Iskandar.

Malahan, jelas baginda, elaun sebagai Yang di-Pertuan Agong yang diterima Almarhum Sultan Iskandar sepanjang berkhidmat dari tahun 1984 hingga 1989 juga disalurkan kepada yayasan tersebut.

“Yayasan Sultan Iskandar bukan hanya membantu mereka yang susah, tetapi juga memberikan bantuan ketika bencana alam dan juga memberikan dana untuk pendidikan.

“Peruntukan untuk yayasan Yayasan Sultan Ibrahim ini adalah hasil derma daripada elaun yang diterima oleh sultan,” titah Tunku Ismail yang juga Tungku Mahkota Johor. – Edisi 9

Baca juga:   Mahathir tidak jujur kepada Majlis Raja-raja, rakyat - TMJ

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan