24 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Aidiladha: 2.4 juta kenderaan bergerak ke Pantai Timur

Purata harian hujung minggu bagi Lebuhraya KLK adalah sebanyak 161,000 kenderaan manakala jumlah kenderaan di LPT1 pula direkodkan sebanyak 65,000 kenderaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 1,648,000 kenderaan akan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) manakala 704,000 lagi melalui Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) ekoran cuti perayaan Aidiladha bermula 8 hingga 11 Julai ini.

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, pertambahan 2.4 juta kenderaan itu sudah dijangkakan memandangkan orang ramai akan mengambil peluang untuk menyempurnakan ibadah korban dan mengambil peluang bersama keluarga memandangkan cuti hujung minggu yang panjang.

Menurutnya, berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun ini, purata harian hujung minggu bagi Lebuhraya KLK adalah sebanyak 161,000 kenderaan manakala jumlah kenderaan di LPT1 pula direkodkan sebanyak 65,000 kenderaan.

“Oleh itu antara langkah yang diambil oleh Anih Berhad bagi meningkatkan tahap kesediaan pada musim perayaan kali ini ialah penambahan petugas dan anggota sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik.

Baca juga:   Agong, Permaisuri zahir harapan umat Islam terus bersabar

“Selain itu ia membantu melancarkan aliran di lebuh raya dan mempertingkatkan tahap persediaan di semua fasiliti termasuk menjamin tahap kebersihan terbaik di semua Hentian Sebelah dan kawasan Rehat dan Rawat (RnR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Radzimah, pihaknya percaya pengguna lebuh raya kini lebih cakna dengan persediaan yang diperlukan bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa dan selamat menjelang Aidiladha tahun ini.

Menurutnya, Aidiladha ini adalah kali ketiga rakyat Malaysia berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing sejak negara memasuki fasa endemik.

Baca juga:   PRN Melaka: MKT UMNO belum buat keputusan

“Sungguhpun begitu, demi meningkatkan komitmen kami dalam menjamin keselesaan semua, Jadual Cadangan Perjalanan (TTA) tetap dikeluarkan sebagai peringatan di setiap musim perayaan.

Untuk maklumat tepat dan terkini Lebuhraya KLK dan LPT1, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan [email protected] Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT – Line di 1-700-818-700.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Ahmad Maslan, Steven Sim antara 27 dilantik Timbalan Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan