31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tular: Kumpulan kompang jadi penghibur di kala lebuh raya sesak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

VIDEO berdurasi seminit 20 saat yang memaparkan kumpulan anak muda berkompang ketika kesesakan di lebuh raya yang tular sejak Sabtu lalu menarik perhatian orang ramai.

Difahamkan, video berkenaan dirakam oleh pengguna lebuh raya yang dalam perjalanan dari Senawang ke Tapah sama-sama tersekat dalam kesesakan lebuh raya berkenaan susulan cuti hujung minggu, umum dan persekolahan.

Dimuat naik dalam akaun peribadi individu sebelum menjadi tular dan dimuat naik dalam Facebook Viral Muafakat Johor.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa terhibur dengan gelagat spontan kumpulan kompang berkenaan.

Bahkan menurut mereka, bukan sahaja menjadi penghibur, senario tersebut juga jelas menyuburkan kembali warisan kesenian Melayu.

Malah ada yang meluahkan kebimbangan kumpulan kompang berkenaan tidak sempat sampai ke lokasi majlis perkahwinan berikutan trafik bergerak sangat perlahan.

Terdahulu, media melaporkan lebih lima juta kenderaan telah memenuhi beberapa lebuh raya utama di seluruh negara pada Jumaat dan Sabtu.

Ia berikutan cuti sekolah selama seminggu bermula semalam berdasarkan maklumat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Superintendan Bakri Zainal Abidin berkata, sekurang-kurangnya pergerakan 5.3 juta kenderaan telah direkodkan pada Jumaat lalu di beberapa lebuh raya utama negara.

“Bagaimanapun jumlah itu telah meningkat lagi kepada 5.6 juta kenderaan pada semalam (Sabtu).

“Setakat 2 petang pada Ahad (5 Jun 2022) trafik sesak dilaporkan di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan khususnya berhampiran kawasan Gua tempurung dan juga di Johor,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan