32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Gering di bahagian kaki: Agong jalani pemeriksaan di hospital

Semua program Seri Paduka yang telah dijadualkan berlangsung hari ini dan terdekat ditangguhkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani pemeriksaan dan pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, bagaimanapun kesihatan Seri Paduka secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

Sehubungan itu katanya, semua program Seri Paduka yang telah dijadualkan berlangsung pada hari ini dan terdekat ditangguhkan ke tarikh-tarikh yang akan diumumkan kelak.

Seri Paduka dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka dikurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan