27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

12 penuntut IPT terima biasiswa Yang di-Pertuan Agong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat sarjana.

Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara manakala 10 lagi telah dan akan meneruskan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara tahun ini.

Penuntut menerima biasiswa di peringkat PhD ialah RK. Tharini, 24, yang melanjutkan pelajaran dalam Sains Genetik di Universiti Cambridge di United Kingdom dan Nur Dini Fatini Mohammad Faizal, 23, Penyelidikan Sains Farmaseutikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Penerima lain ialah Muhammad Mohamed Amin, 27, (Kejuruteraan Pembuatan, UKM); Nurfatihah Zulkifli, 25, (Biokimia, Universiti Malaya); Syed Muhammad Iqbal Syed Othman, 26, (Bioteknologi Tumbuhan, UKM); Nur Alia Afifah Zakaria, 24, (Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM); Chai Jian Yi, 26, (Sains Perubatan, UKM) dan Soon Wan Chi, 24, (Kejuruteraan Kimia, USM).

Baca juga:   Dua pelajar Malaysia lakar sejarah raih emas AYDA 2021

Bagi penerima BYDPA di peringkat sarjana pula ialah Omar Akbar Khan, 27, (Ekonomi, London School of Economic); Toh Liang Su, 25, (Sains Tumbuhan, Universiti Putra Malaysia); Ain Nur Afifah Azman, 22, (Sains Genetik, UKM); Nursyamimi Ramli, 26, (Sains Perubatan, UKM).

BYDPA diperkenalkan pada 2006 dan sehingga kini sebanyak 17 sesi penawaran telah dilaksanakan merangkumi 187 penerima yang diberi penajaan untuk pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Baca juga:   Prinsip keadilan Islam tak beri keistimewaan kepada sesiapa

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Zulkapli Mohamed. – Bernama

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan