34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Zuraida masih menteri, boleh sertai mesyuarat Kabinet

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin masih lagi menteri Kabinet dan kedudukannya akan ditentukan selepas mereka mengadakan pertemuan.

Ismail Sabri berkata, Zuraida masih lagi boleh menyertai mesyuarat Kabinet Rabu ini, memandangkan beliau belum lagi memutuskan sama ada Zuraida sudah pun dipecat secara rasmi ataupun tidak.

“Setakat ini dia (Zuraida) masih boleh menghadiri (mesyuarat Kabinet) sebab dia tak letak jawatan sebagai menteri Kabinet dan saya pun tak pecat dia sebagai menteri Kabinet.

“Jadi dia masih lagi menteri Kabinet sehingga mesyuarat pada hari Rabu ini. Walaupun dia berjumpa saya, saya tak tahu buat keputusan atau tidak.

“Maknanya sehingga saya memutuskan untuk dia berhenti sebagai Menteri dan saya melantik Menteri yang lain,” katanya dalam sidang media di Tokyo pada Sabtu, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai sama ada Zuraida masih lagi boleh menyertai mesyuarat Kabinet susulan keputusan beliau yang berhasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Pada Khamis, Zuraida berhasrat meletakkan jawatan tersebut selepas mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, beliau akan kekal menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selari dengan pendirian PBM.-Edisi 9


Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan