29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Suami terkejut bil hospital isteri sakit RM17 sahaja

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SANGKAAN seorang suami bil rawatan bagi isterinya yang sakit dehidrasi dan ditahan di hospital mencecah ratusan ringgit tersasar apabila hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM17 oleh pihak hospital.

Malah, pengguna akaun Twitter dengan nama Amirulhanafey itu juga sudah pun mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebanyak RM400 bagi tujuan membayar bil isterinya yang ditahan selama empat hari tiga malam di Hospital Putrajaya itu.

Wife (isteri) aku warded (ditahan di wad) 4 hari 3 malam dekat Hospital Putrajaya, March lalu. Sebelum aku ambil dia dekat wad, wife pesan untuk bayar bil rawatan dan kos wad dekat kaunter dulu. Aku risau dan berpeluh-peluh. Pergi ATM keluarkan duit RM400.

“Sekali kena bayar RM17 aje. Aku macam lah?… serius la?”. Kongsinya dalam satu ciapan berantai semalam.

Ciapan itu dimuat naik pemilik akaun berkenaan selepas tular rasa tidak puas hati individu apabila
jururawat didakwa pergi membeli sarapan sehingga menyebabkan temujanji lewat 30 minit.

“Biasa la tu kalau lambat, kalau dia tak pergi beli sarapan pun, untuk uruskan satu per satu pesakit pun lama juga. Bukan lima minit setiap pesakit.

“Kau kena menarik nafas yang lega sebenarnya, diwaktu negara yang kau sangka porak peranda ni, masih ada kebajikan yang negara mampu cover kita,” katanya.

Malah menurutnya, sekiranya orang ramai merasakan perkhidmatan Klinik Kesihatan (KK) itu agak lambat dan mereka juga mempunyai duit, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik swasta.

“Kalau kita tak ada banyak duit, maka kita kurang pilihan. Jadi bersyukurlah walaupun tak puas hati. At least poket tak koyak.

“Tak semua benda kita kena tak puas hati. Cuba jadi baik, tak salah pun.

Menurutnya, dia sendiri masih lagi terkejut dengan bayaran yang dikenakan pihak hospital memandangkan isterinya ditahan dalam tempoh yang lama dan diberikan makan sebanyak lima kali sehari.

“Memang betul la, kos healthcare negara kita jauh lebih murah. Walaupun kadang kala kau tunggu servis diorang lama, tapi berbaloi la dari bayar ribuan ringgit untuk perkhidmatan dan layanan yang hampir sama.

Menurutnya, dia sendiri sudah bersiap sedia dengan kad debit sekiranya wang RM400 yang dikeluarkan itu tidak cukup.

“Aku tanya Liya (wife), Makanan macam mana?”
Dia kata kerap bang. Lima kali sehari… Makanan standard orang sakit ke?” Aku tanya.

Advertisements

“Tadi makan ayam kurma..Uih, bukan kaleng-kaleng… aku tak puas hati lalu bertanyakan jururawat jaga macam mana?”

“Tiap jam datang jenguk, nak make sure kerap minum dan check urine..Aku pun tanya wife.
Cuba teka berapa abang bayar bil sayang..RM300 ada?…Dia jawab.

“17 ringgit aje aku kata,” katanya ketika berkongsikan pengalaman yang sudah lebih dua bulan itu.

Menurutnya, dia yang masih terkejut bertanyakan kepada rakan sekerja berkenaan caj sekiranya anak atau isteri ditahan di hospital kerajaan.

Depend. Kadang tak sampai 10 ringgit…,” kongsinya berkenaan jawatan rakan-rakannya itu.

Menurutnya, dia bagaimanapun tidak menyatakan kos semua jenis rawatan termasuk bersalin itu murah di Hospital Putrajaya.

“Seperti yang tertera pada resit, ianya hanya merangkumi kos penginapan wad iaitu RM3 per unit dan kos urin RM5,” katanya susulan isterinya mengalami masalah dehidrasi serta dimasukkan ke dalam wad.

Menurutnya, apa yang lebih membuatkan dia terkejut ialah mereka suami isteri merupakan pekerja swasta dan beranggapan hanya pekerja kerajaan sahaja yang mendapat keistimewaan caj yang lebih rendah.

Ciapan berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk perkongsian pengalaman jumlah caj yang dikenakan selepas bersalin di hospital kerajaan.

Malah, ada juga warganet yang berkongsikan caj yang dikenakan di hospital kerajaan selepas ditahan di wad susulan positif Covid-19.

Pemilik akaun Twitter bernama MrRayaAbdullah menyatakan dia dimasukkan ke wad disebabkan Covid tahap lima dan ditahan selama 31 hari tahun lalu di wad.

“Saya masuk wad sebab covid tahap lima selama 31 hari tahun lepas RM300 sahaja.

“Dari keadaan teruk gila, sampai pulih. Terima kasih doktor-doktor, semua pekerja Hospital muo (Muar) dan kerajaan,” kongsinya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan