25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes pertama demam babi Afrika dilapor di Port Dickson

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES pertama virus demam babi Afrika (ASF) telah dilaporkan berlaku di Kampung Baru Site A, Tanah Merah, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Dua kes positif itu disahkan telah menjangkiti babi di sebuah ladang yang tidak berlesen dan dipercayai dibawa dari Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Bakri Sawir berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kes tersebut pada 7 April lalu.

“Pihak kami telah mendapat maklumat lewat petang pada 7 April lalu dan dua sampel telah diambil.

“Pada 8 April (semalam) pihak kami telah menerima keputusannya iaitu dua kes positif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Bagaimanapun, ia sudah dikawal dan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri telah mengambil tindakan yang proaktif dengan menyita kawasan itu dan memastikan tiada sebarang pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut,” katanya, lapor Utusan.

Menurut Bakri, sebanyak 275 ekor babi yang berada di ladang berkenaan juga telah diasing dan akan dilupuskan dalam masa terdekat.

Advertisements

“Kami agak khuatir sekiranya lewat mengambil tindakan haiwan yang lain akan turut dijangkiti. Semua babi tersebut akan dilupuskan segera bagi mengelakkan jangkitan merebak.

“Selain itu, saya juga telah memohon bantuan daripada pihak polis untuk memantau pergerakan keluar masuk di kawasan ladang tersebut bagi mengelakkan ia tidak merebak ke lokasi lain,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Dr. Redzuan Ibrahim menjelaskan, virus ASF tidak boleh menjangkiti kepada manusia.

“Virus ini terhad kepada babi sahaja. Bagaimanapun, penyakit ini merebak sangat cepat bukan sahaja antara haiwan dengan haiwan tersebut namun lalat yang berada di kawasan itu juga boleh membawa virus berkenaan.

“Apabila haiwan tersebut yang sakit (terkena virus) ini, daging dan darah juga mempunyai kandungan virus yang tinggi yang boleh merebak ke ladang lain,” katanya.

Ujar beliau, penternak dinasihatkan agar berhati-hati sekiranya ada pihak yang cuba menjual babi di bawah harga pasaran.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan