26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Penduduk gempar beruang matahari merayau di sawah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK Parit 13, Sungai Panjang gempar apabila terserempak dengan seekor beruang matahari yang berkeliaran di sawah di Sabak Bernam, Selangor semala.

Kejadian pukul 9.30 pagi disedari seorang penduduk yang terus menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, sepasukan anggota  Perhilitan Sabak Bernam terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu.

“Setibanya kira-kira pukul 10 pagi, anggota kita dimaklumkan bahawa beruang dewasa itu sudah memasuki ke sebuah kebun berdekatan.

“Hasil pemantauan kemudian menemukan kesan tapak kaki haiwan itu di sekitar kawasan tersebut,” katanya, lapor Utusan.

Menurut beliau, pihaknya menjalankan rondaan di sekitar kawasan itu namun tidak menemui beruang berkenaan.

Katanya, pemantauan lanjut akan dilakukan pihaknya di kawasan itu bagi mengesan beruang berkenaan. 

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi gambar seekor beruang berwarna hitam yang berada di kawasan sawah padi.

Baca juga:   Undi belum selesai dikira, Trump sudah dakwa menang

Pada pertengahan Julai tahun lalu, seekor beruang matahari dewasa ditemukan merayau di sekitar Sungai Panjang.

Wartawan

Terkini

TUN M anggap UMNO sudah lari dari perjuangan asal

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menggangap UMNO sudah menggugurkan perjuangan asalnya dalam membela hak orang Melayu dengan menyatakan...

Lagi Artikel Berkaitan