27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Wanita tular hisap gam, larikan kenderaan miliki 14 rekod lampau

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita yang tular dihalau dari sebuah bas susulan dalam keadaan khayal menghisap gam dan kemudiannya tular pula melarikan kenderaan mempunyai 14 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Wanita berkenaan ditahan orang ramai di lampu isyarat berhadapan Setapak Central, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pihaknya mengesan sebuah video tular berdurasi satu minit 31 saat yang telah dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter memaparkan kejadian melarikan kenderaan jenis Honda City warna putih di lampu isyarat Wangsa Maju.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang tadi di hadapan Kolej Vokasional Setapak, Jalan Genting Klang.

“Ketika kejadian, pengadu bersama isteri telah keluar daripada kereta tanpa mematikan enjin kenderaan dan menyedari kereta telah dibawa lari oleh seorang wanita bangsa tidak pasti menghala ke pusat bandar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashari berkata, pemilik kenderaan yang dilarikan itu telah meminjam motosikal milik pengawal keselamatan di lokasi untuk ke balai polis bagi membuat laporan.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lampu isyarat hadapan Setapak Central, mangsa mendapati kereta miliknya mengalami kemalangan.

“Mangsa telah meminta bantuan orang ramai untuk menahan suspek yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ashari berkata, hasil semakan mendapati suspek berumur 38 tahun serta mempunyai 14 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Menurutnya, suspek akan disiasat dibawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan (KK) kerana curi kenderaan dan Seksyen 279 KK kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan