28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tulisan trengkas undang perhatian warganet

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KALANGAN warganet tertarik dengan satu hantaran menerusi Facebook Malaysiaku Dulu Dulu Official yang memaparkan tulisan trengkas oleh salah seorang pengikut laman sosial itu, semalam.

Tulisan yang biasa digunakan dalam bidang kesetiausahaan itu sememang sudah pupus dan tidak lagi digunakan pada hari ini sehingga ia begitu ‘asing’ khususnya bagi generasi muda.

Menurut pemilik akaun Pakwa Niaga yang berkongsi tulisan aksara seperti cacing itu, dia mula belajar trengkas pada tahun 1980 di Pulau Pinang dan sehingga kini masih mampu membaca dan menulisnya.

Hantaran tersebut mendapat 1,800 reaksi dan dikonbgsi lebih 430 kali manakala ratusan lagi meninggalkan komen masing-masing sehingga semalam.

Trengkas adalah kaedah menulis dengan cepat menggunakan palitan-palitan yang mudah atau simbol-simbol lain sebagai menggantikan huruf, perkataan atau frasa.

Memetik Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan itu juga merupakan ilmu berkenaan penge­tahuan kaedah menulis dengan cepat, stenografi serta membuat catatan sesuatu yang direncanakan seperti surat dan sebagainya dalam tulisan trengkas.

Walaupun dianggap aksara yang pupus, tulisan trengkas merupakan antara subjek yang diajar dalam kursus kesetiausahaan dan menjadi antara ujian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi jawatan tertentu antaranya Ujian Kepantasan Trengkas 80 p.s.m. dan Ujian Kepantasan Menaip 40 p.s.m.

Bahkan, pada 9 Mac 2017, BH Online melaporkan seramai 80 penuntut dan enam pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai penulis Catatan Gurisan Trengkas Terpantas.

Kumpulan yang terdiri daripada penuntut semester tiga hingga enam serta pensyarah Diploma Sains Kesetiausahaan di politeknik itu menerusi catatan gurisan masa terpantas berkumpulan dengan catatan masa selama tiga jam, 41 minit, 35 saat.

Advertisements

Pensyarah PSIS, Emey Suriana Yaacob ketika itu berkata, gurisan trengkas atau kaedah menulis cepat menggunakan simbol tertentu itu dihasilkan dengan berpandukan kepada buku setebal 204 muka surat bertajuk Najib Razak, Transformasi Pendidikan.

Rekod itu dibuat sempena majlis penutupan Minggu Kesetiausahaan dan Penyempurnaan MBOR 2017.

Subjek trengkas menurut pensyarah berkenaan termasuk dalam tiga jam kredit bagi semester dua dan tiga penuntut jurusan berkenaan.

Katanya, keupayaan trengkas penting dalam bidang kesetiausahaan, terutama ketika mencatat minit mesyuarat dan sebagainya.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook dengan nama Matahari Ku berkongsikan pengalamannya mempelajari tulisan trengkas dan menaip semasa menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1985.

“Alhamdulillah hingga kini saya boleh membaca dan menulis huruf trengkas tetapi tidaklah selaju zaman saya belajar dulu… Walaupun saya dapati tulisan trengkas yang dahulu berbeza dari yang sekarang,” kongsinya.

Bagi pemilik akaun dengan nama Mohamad A-rep, dia meluahkan rasa terkejutmya terhadap perkongsian tulisan berkenaan.

“Jadi tulisan dalam filem Pendekar Bujang Lapok memang wujud la? Ini bukan orang pakcik! Mambang,” kongsinya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan