32.4 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Peperiksaan SPM di Kelantan, Terengganu diteruskan – Radzi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang akan bermula Rabu ini tetap diteruskan walaupun beberapa kawasan di Pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu sedang berdepan banjir besar.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pihaknya sudah merangka pelan tindakan bagi memastikan perjalanan peperiksaan itu berjalan lancar walaupun dalam situasi bencana.

Beliau berkata, kementeriannya juga memantau rapi perkembangan banjir di negeri-negeri Pantai Timur di samping akan memastikan peperiksaan itu dapat berjalan dalam keadaan selamat dan teratur.

“Saya dimaklumkan mengenai keadaan sekolah di sana. KPM sentiasa memantau dan merangka pelan tindakan bagi memastikan peperiksaan SPM 2021 dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan teratur.

“Kami menyedari, keadaan yang berlaku tentunya memberi kesan kepada anak-anak calon peperiksaan yang berada di kawasan terjejas banjir,” katanya menerusi Facebook, malam tadi.

Baca juga:   Hubungan UMNO, PN di peringkat Persekutuan tidak terjejas

Sebelum itu beliau mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid serta pegawai Lembaga Peperiksaan (LPM) mengenai situasi semasa semua pusat peperiksaan SPM di dua negeri yang terjejas akibat banjir itu.

Radzi berkata, dalam apa jua keadaan, calon peperiksaan di negeri-negeri berkenaan boleh berhubung dengan guru kelas atau setiausaha peperiksaan di sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Pada masa sama, katanya, KPM akan mengeluarkan kenyataan media bagi memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Baca juga:   KKM kesan dua kes positif COVID-19 libatkan mangsa banjir

Semalam beliau memaklumkan KPM telah membuka bilik gerakan banjir bagi menguruskan pusat peperiksaan SPM 2021 yang terjejas akibat banjir di Terengganu dan Kelantan.

Katanya, LPM juga sedang mengambil tindakan untuk menguruskan pusat peperiksaan yang terlibat.

– Edisi 9

Wartawan

Terkini

Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan

SEORANG remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan...

Lagi Artikel Berkaitan