25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

KKM kesan dua kes positif COVID-19 libatkan mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK dua kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir telah dikesan di Terengganu menjadikan sehingga kini jumlah keseluruhannya meningkat kepada 25 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kedua-dua pesakit berkenaan sudah diasingkan daripada mangsa banjir yang lain dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) khas.

“Bagaimanapun, tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir dilaporkan di PPS.

“Selain daripada kes COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesan tujuh kes membabitkan kes jangkitan saluran pernafasan Akut (ARI) dan satu kes penyakit kulit.

Advertisements

“Tiada kes konjunktivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 3 petang semalam, terdapat sebanyak 54 PPS dibuka yang membabitkan 15 daerah dengan mangsa sebanyak 9,741 orang.

“Sebanyak dua fasiliti kesihatan di negeri Terengganu terjejas banjir (tahap 1) iaitu Klinik Kesihatan (KK) Wakaf Tapai, Marang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Nerus.

“Bagaimanapun, kedua-dua fasiliti berkenaan dilaporkan masih beroperasi seperti biasa,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan