27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 31, 2023

Pekerja kilang tikam isteri sebelum terjun tingkat 12

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dilaporkan menikam isterinya sebelum nekad terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Pulau Pinang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, difahamkan orang awam menemui lelaki berusia 54 tahun tersebut dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan, kejadian itu terbongkar kira-kira lima jam kemudian apabila ibu mentua lelaki itu memaklumkan tiada respon daripada anak perempuannya.

“Polis kemudiannya bergegas ke rumah pasangan itu di tingkat 12 sebelum mendapati seorang wanita berusia 46 tahun itu berlumuran darah di atas katil di dalam bilik.

“Pemeriksaan mendapati ada dua kesan tikaman pada leher dan paha mangsa selain penemuan pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh wanita tersebut.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek menikam isterinya sebelum bertindak terjun pangsapuri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelas Saravanan lagi, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham antara pasangan tersebut yang merupakan pekerja kilang.

“Pasangan ini mempunyai anak berusia 18 tahun, namun ketika kejadian hanya mereka berdua berada di rumah manakala anak mereka pula berada di rumah neneknya di Air Itam,” katanya.

Baca juga:   Penganggur bunuh ibu bapa kandung berdepan hukuman mati

Mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini untuk dibedah siasat.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

RM51.8 juta hasil jualan inovasi menerusi NTIS

SEBANYAK RM51.8 juta hasil jualan inovasi tempatan dijana melalui Sandbox Teknologi & Inovasi Negara (NTIS). NTIS diterajui oleh Kementerian Sains,...

Lagi Artikel Berkaitan