28.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Mangsa banjir tinggal dua negeri lagi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SITUASI banjir di negara ini bertambah baik apabila hanya terdapat 141 mangsa daripada 33 buah keluarga direkodkan di dua buah negeri iaitu Johor dan Serawak.

Menerusi portal Info Bencana JKM, situasi banjir di Johor menunjukkan hanya terdapat 95 orang daripada 28 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.

Berbanding jam 12 tengah malam tadi, seramai 102 mangsa daripada 30 keluarga ditempatkan di lima PPS seluruh negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, kini hanya dua daerah sahaja masih terjejas dengan menyaksikan daerah Muar pulih sepenuhnya semalam.

“Sebuah PPS di Balairaya Kampung Jawa, Muar yang sebelum ini menempatkan seramai 98 mangsa daripada 28 keluarga, ditutup, jam 6 petang semalam.

“Segamat semakin pulih apabila kini terdapat 83 mangsa daripada 25 keluarga ditempatkan di empat PPS, pagi ini.

Baca juga:   Banjir: NS lulus RM39.6 juta baik pulih jalan, jambatan

“Ia berbanding seramai 90 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di empat PPS, malam tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, daerah masih kekal dengan jumlah sama pada pagi ini dan tengah malam tadi iaitu Tangkak dengan 12 mangsa daripada tiga keluarga di sebuah PPS.

Katanya, sehingga kini, hanya satu jalan yang masih ditutup bagi semua jenis kenderaan meliputi Jalan Felda Bukit Aping (Jalan Kemuning 1), Kota Tinggi.

Baca juga:   Transformasi Parlimen: Tempoh jawatan PM dihadkan 10 tahun

Sementara itu, di Sarawak pula, hanya sebuah PPS di buka di Dewan Kampung Jeriah, Sibu, Serawak dengan menempatkan 46 mangsa banjir dari lima buah keluarga.

-EDISI9

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan