30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 3, 2022

Macam sardin, 7 PATI disumbat dalam kereta ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MACAM sardin! Itulah yang dapat digambarkan apabila tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) ‘disumbat’ dalam sebuah kereta sebelum mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Tawau, Sabah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 itu, sepasukan anggota dari Unit Risikan Marin (URM) dibantu Tim Ocp Daratan Esscom, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) yang membuat pemantauan dan risikan di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas mengesan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat, bagaimanapun sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, pemandu memecut kenderaan menghala ke pusat bandar.

“Pasukan keselamatan kemudiannya mengejar kenderaan terbabit sebelum berjaya ditahan di kawasan parkir berhampiran bangunan kedai.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai lapan individu termasuk pemandu, tiga wanita, seorang lelaki dan tiga kanak-kanak duduk berhimpit di dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Warga asing lari tinggalkan anak, bayi elak ditahan

Ridzauddin berkata, siasatan lanjut juga mendapati kesemua mereka yang berumur antara dua hingga 38 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah untuk memasuki negara ini.

Menurutnya, lelaki tempatan berasal dari Kampung Hampalan Semporna yang juga pemandu kenderaan disyaki berperanan sebagai tekong darat, turut ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 26J, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670),” katanya.

Baca juga:   Ikut ketetapan KKM, vaksin kepada remaja cukup - Khairy

-EDISI9

Terkini

Keputusan peperiksaan SVM, PASM esok

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2021 dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2021 akan...

Lagi Artikel Berkaitan