32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

624,000 dos vaksin kanak-kanak Pfizer tiba di Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA hari ini menerima penghantaran pertama vaksin jenis mRNA Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) sebanyak 624,000 dos untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi kanak-kanak (PICKids) berumur 5 hingga 12 tahun.

menerusi penghantaran pertama yang akan digunakan bagi pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun bermula bulan depan melalui Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) di Kompleks Raya, Subang hari ini.

Pesawat TH383 milik Raya Air mendarat pada jam 7.15 pagi di Kompleks Raya, Subang membawa vaksin tersebut dari kilang Pfizer di Belgium yang diuruskan syarikat farmaseutikal tersebut dan DHL.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, vaksin tersebut telah dibawa dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, Jerman sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke Malaysia.

“Hari ini sebanyak 72 kotak sotbox vaksin ini akan dihantar ke 52 pusat simpanan Vaksin Ultra Low Freezer (ULTF) di 12 buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Sebahagian softbox yang mengandungi vaksin untuk kanak-kanak yang baharu tiba hari ini.

“Manakala di kawasan utara seperti Kedah, Perlis, Perak akan terus dihantar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,” kata KKM menerusi Facebooknya hari ini.

Baca juga:   Mahkamah Rayuan bebas tuduhan rasuah Tengku Adnan

Kementerian itu berkata, proses pemindahan vaksin yang ditempatkan dalam ULTF dari bahagian kargo pesawat ke trak milik sebuah syarikat logistik, DHL Express berlangsung di kawasan Transmile Cargo Kompleks Raya Subang.

Baca juga:   PN yakin rampas dua negeri di PRN

Selesai proses pemindahan, katanya, trak syarikat logistik itu diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ke lokasi penyimpanan vaksin yang ditetapkan sebagai langkah keselamatan.

“Vaksin COVID-19 yang telah tiba di Malaysia akan dihantar ke 16 lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di seluruh negara.

“Ini termasuk penghantaran menerusi udara dari Subang ke Sabah dan Sarawak mengikut jadual penerbangan yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Dianggarkan seramai 4 juta kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun layak untuk menerima vaksin tersebut.

Sebagai permulaan, pemberian vaksin Pfizer (kanak-kanak) akan dilaksanakan di Lembah Klang melalui hospital-hospital bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah perubatan.

Manakala pemberian vaksin bagi kanak-kanak yang tiada masalah perubatan akan diberi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur dari 5 hingga bawah 12 tahun boleh membuat tempahan melalui Sistem Tempahan Janji Temu di Aplikasi MySejahtera.

Sehingga hari ini, 484,639 kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun telah mendaftar di MySejahtera. Melalui kaedah ini, ibu bapa atau penjaga boleh memilih lokasi serta masa vaksinasi yang sesuai untuk anak mereka.

KKM mempelawa ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun yang tinggal di Lembah Klang untuk membuat tempahan janji temu untuk anak-anak mereka.

Baca juga:   BN tidak salahkan pengundi tewas dalam PRU-14

Pelaksanaan sistem janji temu akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat.-Edisi 9

Baca juga:   Kes harian, kematian, penggunaan katil tunjuk tren penurunan

Wartawan

Terkini

RM5.48 juta naik taraf, selenggara Manjung

KERAJAAN meluluskan peruntukan sebanyak RM5.48 juta bagi menaik taraf dan penyelenggaraan infrastruktur awam di bawah Majlis Perbandaran Manjung dan...

Lagi Artikel Berkaitan