30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

JPS ramal 4 negeri banjir serentak mulai Jumaat ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir akan berlaku di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, bermula Jumaat dan Sabtu ini susulan amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

JPS dalam kenyataannya, meminta semua penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan yang dijangka banjir supaya berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Menurutnya, banjir dijangka berlaku di Kelantan bermula jam 8 malam 31 Disember ini di Lembangan Sungai Kelantan, membabitkan daerah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang.

“Selain itu, banjir turut dijangka berlaku di Lembangan Sungai Golok membabitkan daerah Tanah Merah (Jenob) dan Pasir Mas (Rantau Panjang) serta kawasan sekitar berisiko banjir.

“Pada masa sama, banjir dijangka berlaku di Terengganu membabitkan Lembangan Sungai Besut di daerah Besut dan Lembangan Sungai Terengganu membabitkan Terengganu dan kawasan sekitar berisiko banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di Pahang pula, JPS menjangkakan bermula 8 pagi Sabtu ini, banjir membabitkan Lembangan Sungai Pahang di daerah Maran, Temerloh dan Jerantut, selain di Lembangan Sungai Kuantan membabitkan daerah Kuantan (Sungai Lembing); Lembangan Sungai Rompin membabitkan daerah Rompin serta kawasan sekitar berisiko banjir.

Menurutnya, banjir turut dijangka berlaku Sabtu ini jam 8 malam di Lembangan Sungai Mersing membabitkan daerah Mersing serta kawasan sekitar berisiko banjir.

“Penduduk empat negeri itu diminta mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui sesawang publicinfobanjir.water.gov.my; Facebook, PublicInfoBanjir dan Twitter@JPS_Infobanjir.

Sebelum ini, MET Malaysia mengeluarkan amaran tahap Waspada (Kuning) iaitu hujan berterusan akan dialami beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah, sepanjang minggu ini.

Dalam kemas kini menerusi Facebook, MET Malaysia berkata, hampir keseluruhan daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai akan mengalami cuaca berkenaan.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan