24.4 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

Buli: Dua pelajar ditahan akibatkan junior bengkak rusuk

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA pelajar ditahan polis selepas dipercayai membuli seorang pelajar ‘junior’ sehingga mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, suspek masing-masing berusia 16 tahun itu ditahan di Johor Bahru dan Kuala Sungai Baru, Melaka baru-baru ini.

Menurutnya, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima laporan petang semalam berhubung kejadian buli terhadap mangsa yang berusia 14 tahun.

“Mangsa mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri. Hasil siasatan mendapati telah dibuli kumpulan ‘senior’ berkenaan pada 9 Disember lalu di sebuah sekolah menengah dalam daerah ini sehingga mangsa terpaksa menerima rawatan di hospital.

“Siasatan lanjut kemudian mendapati kejadian berpunca daripada beberapa pelajar ‘senior’ yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca juga:   'Sugar baby': Data penglibatan pelajar IPT meragukan

Zaharudin berkata, polis juga sedang mengesan suspek-suspek lain yang disyaki terlibat dengan perbuatan itu.

Menurutnya, usaha mengesan suspek lain yang terlibat masih giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Polis Daerah Muar memandang serius terhadap kes-kes jenayah melibatkan pelajar khususnya kes buli di sekolah dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga sekolah di Johor dinaiki air, 19 dijadikan PPS

SEBANYAK tiga buah sekolah di Johor telah dinaiki air manakala 19 buah lagi dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kata...

Lagi Artikel Berkaitan