26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

128 pelajar lelaki UIAM diarah kosongkan asrama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 128 pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Kuala Lumpur diarah mengosongkan asrama mereka selepas berlaku tanah runtuh dan mendapan jalan di kawasan bangunan tersebut.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan pada jam 9 malam tadi.

Menurutnya, saksi yang juga pelajar di UIAM itu memaklumkan, kejadian tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 6.45 petang ketika hujan lebat dan mereka diarahkan mengosongkan bangunan asrama.

“Pemantauan yang dilakukan mendapati tiada kesan rekahan pada dinding atau lantai bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mendapan jalan berlaku dengan anggaran keluasan lima meter persegi dengan kedalaman kira-kira tiga meter.

“Pihak pengurusan UIAM sudah menutup kawasan tersebut dengan meletakkan kon dan sawar-sawar dan menghubungi Konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Pegawai Perhubungan Awam UIAM, Roslan Rusly berkata, kejadian tanah runtuh berkenaan dikesan di Mahallah Zubair Al-Awwam.

Manakala mendapan tanah pula berlaku berhampiran Mahallah Ruqayyah berikutan hujan lebat selama kira-kira 45 minit di kawasan itu semalam.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan