24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Seni persilatan Melayu diperkasa di Padang Terap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PUSAT Latihan Daerah (PLD) Pencak Silat Cawangan Padang Terap dibuka secara rasmi bermula hari ini bagi memperkasakan lagi seni persilatan Melayu diperingkat akar umbi.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Padang Kerasak, Padang Terap, Kedah, hari ini.

Mahdzir dalam ucapannya berkata, ilmu persilatan Melayu diyakini akan terus subur dan kekal menjadi teras jati diri masyarakat Melayu di negara ini.

“Seni persilatan merupakan seni warisan kita turun temurun yang masih kekal dalam jiwa kita zaman berzaman.

“Anak-anak muda yang menceburi ilmu persilatan, perlu juga mempunyai ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam bidang lain, sekaligus menjadikan diri kita seorang yang lengkap dengan pelbagai ilmu kemahiran dan profesional,” katanya.

Tambah Mahdzir, beliau turut menyokong usaha penggiat seni persilatan di negara ini yang meletakkan misi dan visi untuk mentransformasikan seni bela diri daripada adat menjadi ibadat kepada komuniti persilatan.

Advertisements

“Sebab itu ketika saya menjadi Menteri Pendidikan, kita mewujudkan Sekolah Asrama Penuh Ulul Albab bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam aspek duniawi dan ukhrawi supaya kita ada modal insan yang seimbang antara kehidupan dunia dan akhirat.

“Ia juga sekaligus dapat meningkat nilai diri kepada pelajar itu sendiri, akan memudahkan pelajar-pelajar untuk menceburi pelbagai bidang bukan sahaja akademik tetapi juga bidang yang berkait dengan keagamaan,” ujar Mahdzir.

Pada majlis itu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap turut dianugerahkan Sandang Kehormat Persatuan Seni Silat Asbab Kedah yang disampaikan oleh Pengarah Akademi Seni Beladiri Abjad, Asbab Malaysia, Nazri Kamaludin.S

elain itu, sejumlah 30 Gurulatih serta ahli persilatan dari seluruh negara turut dianugerahkan Benkung selepas berjaya menamatkan kursus di Pusat Latihan Akademi Seni Beladiri ABJAD Kubang Rotan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan