31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

2,000 usahawan wanita menerusi Wanita Bangkit@KPWKM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 2,000 wanita di seluruh negara bakal ditransformasikan menjadi usahawan menerusi program Wanita Bangkit@KPWKM.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, ini sasaran KPWKM sebagai inisiatif bagi membantu para wanita khususnya yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Dalam masa sama, mencari jalan keluar daripada kesempitan hidup, seterusnya meningkatkan semula taraf ekonomi mereka,” katanya pada sidang media dalam pelancaran program itu, semalam, lapor Kosmo Online.

Katanya, pelaksanaannya adalah sebagai kesinambungan daripada program bakul makanan yang dilaksanakan sebelum ini, dengan menghubungkan peluang pekerjaan dan mendekatkan golongan wanita kepada platform perniagaan dan keusahawanan.

“Golongan wanita disasarkan terdiri daripada suri rumah, kumpulan B40, M40 dan wanita yang menjadi ketua isi rumah termasuk ibu tunggal.

“Kita ingin membantu wanita dan ini tidak cukup dengan sekadar bakul makanan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebaliknya kita mahu mereka mampu berdikari.

“Selepas ia dimulakan sejak 1 September lalu, kita telah berjaya membantu 1,744 wanita dengan sasaran penjanaan pendapatan kepada mereka antara RM3,000 hingga RM4,000,” katanya.

Advertisements

Rina dalam ucapannya menyampaikan hasrat kerajaan bagi membantu menyokong perniagaan wanita daripada keluarga berpendapatan rendah.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani dokumen penyataan persefahaman bersama enam rakan strategik iaitu Syukor Dagang Sdn. Bhd., Leong Hup International Berhad, HEYHO Sdn. Bhd, DSAB Holdings Sdn. Bhd., Richworks International Sdn. Bhd. dan UniKL Resources Sdn. Bhd. di Puncak Alam, di sini.

Rina memberitahu, setakat ini sebanyak 40 syarikat dan agensi termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) terlibat dalam program Wanita Bangkit@KPWKM ini, yang juga merupakan sebahagian daripada petunjuk prestasi utama (KPI) Kementeriannya dalam tempoh 100 hari.

Pelancarannya akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Disember nanti.

“Kerajaan akan memantau peserta program ini dalam tempoh enam bulan dan kami ada rakan strategik dari Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan TEKUN dalam membantu dalam aspek pembiayaan modal.

“Wanita ini ramai yang berniaga, tetapi kita mahu perniagaan mereka diperluaskan dan diperbesarkan sehingga tersenarai dalam bursa saham,” jelasnya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan