27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

Twitter Khairy, KKM paling popular di Malaysia

Neelofa, Zizan Razak, Lisa Surihani dan Yuna pula antara artis dan selebriti paling popular

Mesti Baca

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin (@Khairykj) tersenarai pengguna twitter paling popular di negara ini bagi tahun 2021, lapor sebuah penyelidik hari ini.

Menurut penyelidikan Politweet, Ahli Parlimen Rembau itu diikuti oleh 28.02 peratus pengguna Twitter di Malaysia dikuti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (@KKMPutrajaya – 27.16%)

Manakala tempat ketiga pula ialah Astro Awani (@501Awani) yang menguasai 26.73 peratus pengguna Twitter sementara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki tempat keempat dengan 24.92 peratus.

Politweet berkata, dapatan itu diperoleh hasil pengumpulan data selama tujuh bulan bermula Februari hingga Ogos lalu daripada 565,000 profil pengguna yang ada dalam pangkalan datanya.

“Sejak Oktober 2014 kami membina pangkalan data bagi pengguna Twitter di Malaysia berdasarkan profil lokasi dan maklumat.

“Pangkalan data ini membolehkan kami membuat kajian lengkap mengenai kandungan dan pandangan yang diciap sama ada di peringkat nasional atau negeri,” kata penyelidik tersebut menerusi laman webnya.

Penyelidik tersebut berkata, laporan yang dikeluarkan itu terhad kepada 50 pengguna yang tersenarai paling popular dan berdasarkan demografik asas sahaja.

Empat artis paling popular dalam kalangan pengguna twitter di Malaysia bagi tahun 2021.

Terdapat lapan kategori pengguna twitter telah diklasifikasikan iaitu influencer lelaki, influencer wanita, selebriti tempatan, e-sukan, K-Pop, influencer India, sukan dam hiburan serta politik Malaysia.

Bagi kategori ahli politik, selain Khairy dan Najib, turut tersenarai dalam 50 paling popular ialah Tun Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) di kedudukan ke-12 dengan 19.70 peratus, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (@SyedSaddiq – 14/19.38%) dan Nurul Izzah Anwar (@n_izzah – 27/14.02%).

Baca juga:   UMNO tuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri, portfolio penting
Baca juga:   UMNO tuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri, portfolio penting

Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) pula pada kedudukan ke-33 paling popular dengan 13.57 peratus manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin – 37/12.77%).

Berdasarkan kategori selebriti pula, pelakon dan pengacara Neelofa (@Neelofa) tersenari paling atas iaitu pada kedudukan keenam dengan 23.53 peratus diikuti Zizan Razak (@zizanrazak_15 – 10/20.69%), Lisa Surihani (@LisaSurihani – 13/19.42%), Yuna Zarai (@yunamusic – 15/19.15%) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11 – 24/15.72%).

Lain-lain selebriti ialah Aaron Aziz (@AaronDwiAziz – 26/14.03%), Shaheizy Sam (@Shaheizy_Sam – 28/13.96%), Fazura (@missfazura – 31/13.66 %) dan Izara Aishah (@IzaraAishah – 32/13.61%).

Twitter selebriti lain yang masuk 50 paling popular ialah Nora Danish (@Nor4Danish), Awal Ashaari (@awalashaari), Shila Amzah (@Shilaamzah), Najwa Latif (@NjwaLatif) dan Maya Karin (@maya_karin).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) menjadi satu-satunya pegawai kerajaan yang tersenarai iaitu di tempat ke-19 dengan 16.97 peratus. – Edisi 9

Terkini

Trend kahwin lewat, kes cerai menurun antara perkongsian DOSM

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) berkongsikan maklumat penduduk di negara ini kini mula berkahwin pada usia lewat 20-an berbanding awal...

Lagi Artikel Berkaitan