29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM harap sejuta penggiat seni boleh tarik nafas lega

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap keputusan kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat, artis dan pekerjanya.

Menurut Perdana Menteri, kelonggaran itu juga bakal memberi kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.

Bagaimanapun, beliau berkata, persetujuan untuk memberi kelonggaran itu tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, ini termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

“Kelonggaran ini juga diberikan berasaskan faktor terdapat negeri-negeri telah mencapai status 80 peratus populasi dewasa menerima dua dos lengkap vaksin atau telah mencapai tahap imuniti kelompok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak lapan bidang industri kreatif dibenar menjalankan aktiviti di bawah kelonggaran SOP tersebut termasuk pembukaan semula panggung wayang dan galeri seni.

Advertisements

Ismail Sabri berkata, industri kreatif telah menyumbang sebanyak 2 peratus atau RM29 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019.

Kata Perdana Menteri, selain membolehkan lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja industri mula bekerja dan menyara kehidupan, kelonggaran itu juga dapat kembali menghidupkan industri kreatif negara yang sangat terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Ini sekaligus menggerakkan kembali insiatif serta program yang direncanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui FINAS, MyCreative Ventures dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA),” katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim amat berharap Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa lebih mesra dan prihatin terhadap persatuan seni kreatif dan penggiat seni.

“Sebagaimana isu ramai penggiat seni daif ketika ini kerana tidak dapat bekerja akibat sektor penggambaran tidak dibuka sepenuhnya, FDAM berharap nasib penggiat seni dapat diberi perhatian segera agar golongan ini kembali bekerja,” katanya.

Ekoran itu, Annuar yang mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Saifuddin Abdullah berjanji akan untuk membantu para penggiat seni keran memahami kesukaran yang mereka hadapi masa kini berikutan pandemik COVID-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan