28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Tonton wayang, konsert hiburan dibenarkan mulai 9 September

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Menonton wayang di pawagam dan menyaksikan persembahan konsert hiburan antara kelonggaran diberikan kepada mereka yang sudah mendapat dos vaksin penuh mulai 9 September ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) itu membolehkan semua penggiat industri kreatif kembali bergiat di negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut beliau, keputusan itu adalah usaha-usaha berterusan kerajaan yang prihatin untuk merangsang kelangsungan ekonomi penggiat seni dan industri kreatif.

“Saya ingin menggesa semua pihak yang terlibat dalam pembukaan sektor ini supaya sentiasa mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan bagi mengelak sebarang risiko dan implikasi perundangan, keselamatan serta kesihatan khususnya dalam usaha negara untuk beralih ke fasa endemik menjelang Oktober ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan sentiada komited untuk mengambil pendekatan terbaik yang mampu menjamin pemulihan ekonomi negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Berikut lapan bidang aktiviti yang dibenarkan di bawah SOP baharu tersebut:

  1. Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung
  2. Penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan dengan kehadiran penonton yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang studio
  3. Penggambaran industri kreatif di dalam dan luar studio kepada individu yang telah lengkap vaksin
  4. Indoor busking kepada individu yang telah lengkap vaksin
  5. Persembahan di lounge hotel kepada individu yang telah lengkap vaksin
  6. Aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam
  7. Aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pra-daftar) dengan penonton yang telah lengkap vaksin serta kapasiti penonton 30 peratus di ruang premis
  8. Aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni (secara termu janji) dengan pengunjung yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti pengunjung 30 peratus di ruang premis. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan