28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Antivaksin masih boleh daftar MySejahtera untuk divaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Program advokasi kepada mereka yang antivaksin atau belum bersedia divaksin masih dilaksanakan kerajaan agar mereka dapat melengkapkan diri dengan vaksinasi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, mereka masih boleh mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera untuk menerima vaksin di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Sehingga 20 September lalu sebanyak 80 peratus penduduk dewasa telah lengkap vaksin, bagaimanapun terdapat kira-kira 5.7 peratus lagi (dewasa) yang belum daftar.

“Ada beberapa sebab yang 5.7 peratus ini belum daftar iaitu disebabkan mereka berpindah, komorbiditi dan memang ada dalam mereka yang antivaksin.

“Namun, kepada mereka ini, kita masih ada program advokasi supaya mereka terus mendaftar dalam MySejahtera supaya kita boleh memvaksinkan mereka,” katanya.

Advertisements

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR – Pandan) yang meminta kerajaan menyatakan strategi kerajaan selain program vaksinasi dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di Dewan Rakyat di sini.

Dr Adham berkata, sekiranya mereka tidak mahu vaksin, kerajaan akan keluarkan perintah atau cadangan bagaimana boleh mengurus pandemik COVID-19 ini tanpa vaksinasi.

Sementara itu, mengenai kos program vaksinasi yang telah dijalankan, katanya, sehingga 20 Ogos lalu, untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak RM2.8 bilion telah digunakan.

Katanya, perbelanjaan itu digunakan untuk membeli vaksin dan logistik vaksin sebanyak RM2.6 bilion, manakala selebihnya bagi pembiayaan aset program PICK, bekalan pakai habis, bahan untuk termasuk kad vaksinasi dan borang kebenaran.

Beliau juga menjelaskan, bagi isu perbelanjaan PICK sehingga 30 Ogos lalu dari jumlah RM1 bilion yang diperuntukan sebanyak RM314 juta telah dibelanjakan untuk sewaan dan utiliti, pembersihan dan sanitasi, perkakasan dan alatan pakai habis serta kebajikan petugas di PPV iaitu sagu hati sukarelawan, anggota keselamatan dan belanja makan minum. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan