25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Senarai jemaah menteri akan diumum minggu ini – Ismail Sabri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SUNGAI PETANI – Senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai jemaah menteri akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum diumumkan.

“Tunggu pengumuman, kalau saya umum hari ini sudah tidak suspen, dalam minggu ini saya akan umumkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat lawatan lawatan kerja rasmi pertamanya ke daerah Kuala Muda dan Yan, di sini.

Dalam masa sama, beliau juga menasihatkan agar tidak mempercayai senarai jemaah menteri yang disebarkan menerusi sosial media.

Advertisements

“Itu semua fake (palsu), setiap hari ada senarai baharu… bagus juga boleh bantu saya tetapi saya nak ingatkan jangan percaya, semua itu tak betul. Saya akan membuat pertimbangan dengan melihat keseluruhan mengambil kira kepentingan semua,” katanya lagi.

Sabtu lalu, Ismail Sabri, 61, telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan susulan penyandangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Negara kini tertumpu kepada barisan jemaah Kabinet yang akan diumumkan Ismail Sabri selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Antara yang menjadi tumpuan ialah pemilihan jawatan Timbalan Perdana Menteri selain nasib menteri-menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Muhyiddin sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan