26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 20, 2025

PMO nafi mesyuarat Muhyiddin bersama SPR

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan kononnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi membincangkan kaedah untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam situasi pandemik COVID-19.

Penafian berkenaan disertakan dengan gambar kenyataan media mengandungi dakwaan tersebut yang diedarkan melalui aplikasi kumpulan WhatsApp bersama media hari ini.

Advertisements

Terdahulu, kenyataan palsu itu mendakwa Muhyiddin, antara lain mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPR yang mengemukakan cadangan amat praktikal bagi memastikan PRU-15 yang akan diadakan tidak lama lagi berjalan lancar dan selamat.

Melalui mesyuarat yang didakwa turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu, kerajaan didakwa kononnya akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti cadangan dikemukakan SPR, termasuk syor mengehadkan hak mengundi kepada individu lengkap vaksinasi. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

KJTS, iHandal perkukuh pengurusan tenaga bersepadu

KJTS Group Berhad (KJTS), memeterai perjanjian usahasama dengan iHandal Holdings Sdn Bhd (iHandal) untuk meningkatkan kedudukan KJTS dan anak...

Lagi Artikel Berkaitan