29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

13 PATI termasuk tekong cuba menyusup masuk dicekup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai 13 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang tekong warga Indonesia yang cuba menyusup masuk ke negara ini melalui jalan tidak sah ditahan menerusi Ops Benteng di Kampung Masjid, Pengerang, Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi.

Memetik laporan Kosmo Online, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang kehadiran sekumpulan individu disyaki PATI kira-kira pukul 2.15 pagi di kawasan tersebut oleh pasukan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Quick Reaction Force telah diaturgerakkan ke lokasi bagi melaksanakan pengesanan dan penjejakan telah menemui sebuah kereta jenis Proton Iriz namun pemilik kenderaan tersebut yang dipercayai warga tempatan berjaya melarikan diri.

“Hasil pemantauan oleh Pasukan Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) telah membawa kepada penangkapan 11 PATI di sekitar lokasi tersebut kira-kira pukul 5 pagi,” katanya.

Jelas kenyataan tersebut, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sungai Rengit turut memaklumkan bahawa terdapat sebuah bot yang terbalik di kawasan pantai berhampiran.

“Selain itu, dua lagi PATI berjaya ditahan pada pukul 11 pagi di kawasan hutan berhampiran dan kesemua 12 PATI serta seorang tekong yang terdiri daripada lelaki warga Indonesia berusia 19 hingga 48 tahun dipercayai cuba menyusup masuk melalui jalan tidak sah.

“Keseluruhan rampasan berjumlah RM25,114 melibatkan sebuah Proton Iriz serta telefon bimbit dan kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan