24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tarikh akhir pendaftaran Program Jaringan Prihatin dilanjut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Selaras dengan pengumuman Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara dan tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatian Rakyat (BPR), tarikh akhir pendaftaran dan penebusan untuk Program Jaringan Prihatin akan dilanjutkan selama satu bulan, iaitu sehingga 31 Ogos 2021. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tempoh perlaksanaan program juga akan dipanjangkan, sehingga 31 Ogos 2022. 

‘’Perlanjutan ini akan membolehkan pemohon BPR yang baru diluluskan untuk berdaftar dengan program Jaringan Prihatin. Permohonan untuk Jaringan Prihatin boleh dibuat secara dalam talian atau melalui aplikasi syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian,’’ dalam kenyataan hari ini.

Setakat 22 Jun 2021, kata beliau pendaftaran bagi program itu telah mencecah 2.8 juta dan lebih daripada 500,000 penerima telah menerima peranti mudah alih baharu. 

Advertisements

‘’Secara keseluruhan, hampir RM180 juta telah disalurkan kepada golongan B40 melalui program Jaringan Prihatin untuk mengurangkan kos mendapatkan akses internet dan membantu melancarkan PDPR bagi isi rumah yang mempunya anak bersekolah,’’ katanya.

Program Jaringan Prihatin adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan dirtambahbaik di bawah pakej PEMERKASA, di mana semua penerima BPR layak mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih melalui 12 syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian. 

Program bernilai RM3.5 bilion itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Mei lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan