25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sarawak sedia rancakkan kembali industri pelancongan

Mesti Baca

CYBERJAYA –  Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) sentiasa bersedia dan mengatur strategi untuk mengembalikan kegemilangan industri perlancongan negeri itu apabila kerajaan membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor, pihaknya optimis industri perlancongan akan kembali mendapat rentaknya tidak lama lagi berikutan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan mereka sentiasa berinovasi bagi memastikan industri itu terus  kekal pada waktu sukar ini.

“Sejak pandemik Covid-19 melanda sehingga menjejaskan ekonomi negara serta industri perlancongan terutamanya, STB melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan impak kepada pemain industri pelancongan tempatan. 

‘’Antaranya inisiatif dana STB, Kempen Sia Sitok Sarawak, Dana Ekosistem Pelancongan Dalam Talian Sarawak dan Pakej Insentif Pengunjung (Visitors Incentive Package- VIP) dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dana Ekosistem Pelancongan Dalam Talian Sarawak merupakan program pemangkin untuk memperluaskan jejak Digital Pelancongan Sarawak dengan memberi insentif kepada pemain industri untuk pembangunan dan penyelenggaran laman web, penyediaan isi kandungan serta pengiklanan digital yang memberi tumpuan kepada pelancongan Sarawak. 

Pakej Insentif Pengunjung pula bertujuan membantu membangunkan semula perlancongan Sarawak selepas pandemik. Ia merupakan insentif untuk membantu agensi perlancongan menarik kemasukan pelancong domestik dan juga antarabangsa.

Selain itu, Sharzede berkata sebagai usaha untuk merevitalisasi sektor pelancongan Sarawak ketika waktu mencabar ini, STB melancarkan Kempen Pelancongan Antara Negeri Sarawak, ‘Sia Sitok Sarawak’ v1.0 pada 17 Ogos 2020. 

‘’Melihat kejayaan kempen ini yang telah menjadi satu jenama, Sia Sitok Sarawak V2.0 dilancarkan pada bulan April tahun ini. Bagaimanapun, kita perlu berwaspada dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila kebenaran melancong dibuka semula kelak,” katanya.

Advertisements

Seperti negeri-negeri lain di Malaysia, Sarawak turut terjejas ekoran pandemik. Statistik menunjukkan, negeri itu mencatatkan kejatuhan teruk sebanyak 93.95 % bagi tempoh Januari-Mei 2021 dengan jumlah kemasukan pelancong seramai 56,278 berbanding 930,056 pada tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, jika kerajaan membuka sempadan daerah dan membenarkan aktiviti rentas daerah, penduduk di Sarawak boleh berkunjung ke daerah-daerah itu, sekaligus  dapat merancakkan aktiviti perlancongan domestik.

Sharzede menambah, STB tidak pernah berhenti mempromosikan Sarawak dengan memberi penekanan kepada budaya, pengembaraan, alam semulajadi, festival dan makanan (culture, adventure, nature, festivals and food -CANFF) dan juga memperomosikan konsep Pelancongan Bertanggungjawab (responsible tourism).

Promosi berterusan ini penting untuk menimbulkan keinginan untuk berkunjung, dan menjadikan Sarawak sebagai ‘teratas dalam senarai’ tempatan apabila industri pelancongan domestik dibuka semula kelak. 

Sarawak dikenali dengan taman negaranya dan juga inisiatif eko-pelancongan yang memperomosikan keindahan flora dan fauna yang menjadi nadi kepada bumi Kenyalang ini.

“Konsep perlancongan lestari membantu Sarawak mengekalkan dan melinduingi kepelbagaian biologi yang terdapat di negeri ini yang menjadi syurga kepada ekosistem natural flora dan fauna. Perlancongan lestari mampu melindungi khazanah asli ini bagi memastikan ia kekal untuk generasi akan datang.

“Sejak tahun 2021, STB telah mengambil beberapa langkah untuk mencipta kelestraian dalam industri pelancongan. Pada tahun 2019-2020, STB telah mengadakan bengkel khas yang melibatkan 3,177 peserta dari 23 homestay. Di bengkel itu mereka mempelajari pengurusan sisa pepejal secara lestari dan juga skil membuat sabun,” katanya.

Baru-baru ini juga, kata beliau, mereka menganjurkan webinar Pelancongan Bertanggungjawab untuk mendedahkan pemain industri mengenai elemen-elemen dalam perlancongan bertanggungjawab dan bagaimana mereka boleh mendapat manfaat daripada konsep ini.

Dalam pada itu, STB juga berharap dapat menganjurkan festival-festival muzik secara fizikal pada tahun hadapan kerana festival muzik Sarawak mampu menarik pelancong dalam dan luar negara.

Bagi tahun ini, dua festival muzik Sarawak iaitu Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) dan Festival Jazz Borneo (RWMF) diadakan secara maya dan berjaya menarik sehingga 140,000 penonton daripada 80 buah negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan