25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Malaysia teroka MoU tingkatkan eksport sawit ke Iran

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia dan Iran bersetuju untuk meneroka memorandum persefahaman (MOU) bagi tujuan meningkatkan eksport sawit Malaysia ke negara berkenaan tidak lama lagi.

Perkara itu dicapai dalam pertemuan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditim Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dengan delegasi Iran yang diketuai Pengerusi dan Pengarah Urusan Perbadanan Perdagangan Kerajaan Iran (GTC), Yazdan Seif di Istanbul, Turki pada 10 Julai lalu.

Khairuddin berkata, pada pertemuan tersebut Yazdan yang juga Timbalan Menteri Perindustrian, Perlombongan dan Perdagangan Iran menyatakan kepentingan minyak sawit dalam memenuhi penggunaan minyak dan lelemak negara berkenaan yang kini mencapai sejumlah 2.2 juta tan setiap tahun.

‘’Beliau juga memaklumkan hasrat Iran untuk meningkatkan import minyak sawit Malaysia. Malaysia menguasai 78 peratus pasaran minyak dan lelemak di Iran sepanjang tahun lalu,’’ katanya.

Khairuddin memaklumkan, pada tahun lalu, Iran mengimport minyak sawit Malaysia sebanyak 315,699 tan bernilai RM895 juta. 

Advertisements

‘’Bagaimanapun, jumlah eksport minyak sawit negara ke Iran meningkat lebih 400 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 iaitu sebanyak 238,683 tan bernilai RM970 juta berbanding 50,889 tan dengan nilai RM131.5 juta sahaja dalam tempoh sama pada tahun 2020,’’ katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Iran memaklumkan bahawa kapasiti penapisan minyak sawit negara itu kini meningkat dua kali ganda manakala industri pembungkusan mencatatkan pertumbuhan yang sangat memberansangkan ketika ini. 

‘’Malaysia perlu menggunakan peluang ini untuk menjadikan Iran sebagai hab pengeksport semula ke negara-negara rantau itu yang dianggarkan mencecah penggunaannya sehingga 5.5 juta tan minyak dan lelemak setahun,’’ katanya.

Khairuddin berharap  MOU berkenaan dapat dimeterai antara kedua-dua negara melalui agensi yang berkaitan dalam usaha meningkatkan jumlah eksport minyak sawit Malaysia di samping dapat memainkan peranan utama membantu rakyat negara itu memperoleh bekalan makanan dalam situasi sukar pandemik Covid-19 dan sekatan ekonomi.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan