31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 27, 2021

Henti ambil PS 21 Capsule, dikesan ada racun berjadual

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia menggesa orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan produk tradisional PS 21 Capsule kerana dikesan mengandungi racun berjadual, simvastatin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pendaftaran produk tersebut telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) berikutan pengesanan racun berjadual tersebut.

Menurut beliau, simvastatin merupakan antara bahan yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional.

“Simvastatin merupakan sejenis ubat yang digunakan untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan pengambilan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan.

“Ini termasuk gangguan pencernaan, rasa lemah, sakit kepala, gangguan pada fungsi normal hati, otot terasa sakit apabila disentuh atau lemah otot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk tersebut perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Baca juga:   Iran puji PICK tidak diskriminasi warga asing

Ini kerana, tegas beliau, penjualan dan pengedaran produk tersebut adalah melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya,” katanya.

Beliau berkata, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Baca juga:   Tajuddin gugur, Tok Mat Pengarah Pilihan Raya UMNO

“Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” tambah beliau.

Katanya, maklumat status pendaftaran bagi sesuatu produk boleh dibuat dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. – Edisi 9

Terkini

Muhyiddin, sawit dan peneroka Felda

MENGENALI sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau bukan jenis berkokok dalam perbuatan. Dengan diam dan senyap beliau bantu apa...

Lagi Artikel Berkaitan