34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Curi peti besi, tiga anggota polis antara enam ditahan

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tiga anggota polis antara enam yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000 di sebuah syarikat logistik di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 30-an hingga 50-an itu ditahan dalam beberapa tangkapan di rumah dan pejabat di sekitar bandar raya ini antara Rabu hingga semalam.

“Dalam kejadian 1.30 pagi Rabu lalu, syarikat logistik yang memungut wang hasil pembelian secara ‘cash on delivery’ (COD) telah dipecah masuk dan sebuah peti besi yang menyimpan semua wang berkenaan telah dilarikan.

“Pada 3 pagi hari yang sama, polis menahan seorang lelaki di kawasan berkenaan dan telah menjumpai beberapa barang kes. Siasatan lanjut membawa kepada penahanan lima lagi suspek termasuk tiga anggota polis berpangkat sarjan dan koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar,” katanya pada sidang media di Alor Setor, hari ini, lapor BERNAMA.

Datuk Kamarul Zaman Mamat

Katanya siasatan mendapati suspek mengumpil pintu utama premis selepas menanggalkan fius utama bekalan elektrik di luar premis sekali gus menyebabkan kamera litar tertutup tidak berfungsi.

Beliau berkata hasil penahanan kesemua suspek itu, polis menemukan wang tunai berjumlah RM263,295 dan percaya baki wang yang dicuri ada di tangan dua lagi suspek yang sedang diburu.

“… kita percaya mereka masih berada dalam daerah Kota Setar. Siasatan lanjut juga sedang dijalankan bagi mengetahui bagaimana mereka tahu mengenai kewujudan peti besi di dalam premis berkenaan.

“Tiga orang awam yang ditahan itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau. Kesemua mereka ditahan reman mulai semalam hingga 1 Julai depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamarul Zaman berkata bagi tempoh 1 Jun hingga semalam, pihaknya menahan 144 individu yang terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan judi menerusi 122 serbuan yang dilakukan di negeri itu.

“Menerusi serbuan ini, pelbagai barangan telah dirampas termasuk wang tunai berjumlah hampir RM65,000. Kita akan sentiasa lakukan operasi bagi memastikan aktiviti perjudian ini dapat dibanteras,” katanya.

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan