24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Selisih faham punca Lan Pet Pet gaduh dengan rider

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan artis yang dilihat bergaduh dengan penghantar makanan dalam rakaman video yang tular ialah pelawak terkenal, Lan Pet Pet.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad telah membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah terkesan satu video yang tular dalam media sosial membabitkan kejadian pergaduhan melibatkan seorang artis yang juga pelawak.

Ashari memberitahu, video tersebut telah dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Kejadian ini telah berlaku pada 1 Mei 2021, pada pukul lebih kurang 6.30 petang.

Advertisements

“Dalam video yang berdurasi lebih kurang 23 saat itu kelihatan artis tersebut sedang berselisih faham dengan seorang penunggang syarikat penghantaran makanan.

Lan Pet Pet
Tangkap layar video insiden pergaduhan antara Lan Pet Pet dan penghantar makanan yang tular dalam media sosial.

“Kejadian berlaku di hadapan kedutaan Rusia dan dikatakan tercetus akibat selisih faham di jalan raya,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau menambah, setakat ini, penghantar makanan tersebut masih belum membuat laporan polis.

Sehubungan itu, Ashari berkata, polis meminta kerjasama individu yang terlibat untuk tampil membuat laporan agar siasatan dapat dijalankan.

“Selain itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2155 9999, IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan