30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

MTKB tentu dasar, strategi pelaksanaan WKB 2030

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media hari ini berkata, mesyuarat pertama MTKB telah diadakan semalam.

“MTKB berperanan untuk menentukan dasar dan strategi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Ini termasuk menetapkan sasaran, indikator makro dan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi sektor-sektor penting dalam pembangunan negara yang akan dirangka secara inklusif dan menyeluruh bagi mencapai objektif WKB 2030,” jelas Pejabat Perdana Menteri.

Advertisements

Keahlian MTKB terdiri daripada 21 menteri, empat ketua jabatan, dua ketua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), tiga wakil dewan perniagaan Melayu, Cina dan India serta tokoh-tokoh dalam pelbagai sektor ekonomi, pendidikan dan sosial.

Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Tan Sri Sulaiman Mahboob, Tan Sri Azman Mokhtar, Datin Paduka Dr Aini Ideris, Datuk Dr Asma Ismail, Datuk Dr Madeline Berma dan Prof Dauk Dr Denison Jayasooria.

Turut diwujudkan adalah Jawatankuasa Eksekutif Kemakmuran Bersama (JEKB) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai sekretariat MTKB. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan