24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Saman RM97 bilion untuk mufliskan saya – Najib

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tuntutan ganti rugi sebanyak RM97 bilion yang dikemukakan kerajaan terhadap beliau dan 21 individu lain bertujuan membuatkannya muflis.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini susulan cubaan mengenakan denda cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM1.74 bilion ditolak oleh mahkamah minggu lalu.

“Saya rasa fokus kerajaan PN masa ini adalah untuk mufliskan dan susahkan Najib. Suruh dorang (mereka) jaga keadaan Covid, itu lain cerita.

“Darurat bukan untuk memerangi Covid tapi untuk memerangi Najib kot. Kes hari ini adalah saman sivil. Bukan kes jenayah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan mengesahkan sejumlah 22 tuntutan sivil telah diambil oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd terhadap sembilan entiti, dan 25 individu berhubung dana yang telah diselewengkan.

Ia sebagai usaha berterusan kerajaan untuk menangani kerugian yang dialami oleh 1MDB dan SRC International.

Selain Najib, turut disaman ialah anak tiri beliau, Riza Shahriz Abdul Aziz serta bekas pemegang jawatan utama kedua-dua syarikat tersebut iaitu Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Arul Kanda Kandasamy dan Mohd Hazem Abdul Rahman.

Turut dinamakan ialah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, ayahnya Tan Sri Larry Low Hock Peng, adiknya Low May Lin, serta rakan perniagaannya, Eric Tan Kim Loong.

Advertisements

Najib berkata, kes yang difailkan tersebut hanya saman sivil yang mana tidakan akan masuk penjara tetapi perlu membayar ganti rugi sepertimana yang dituntut.

“Tapi saya pelik bagaimana mereka mahu saya bayar RM97 bilion sekiranya mereka berjaya mufliskan saya pun dengan denda cukai amat tak masuk akal RM1.74 bilion.

“Dah muflis masih perlu bayar lagi ke? Jadi, kenapa pula masih nak tambah kes saman terhadap saya jika tiada hasilnya?” persoal Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau terbuka untuk menerima tuntutan tersebut
kerana bagi beliau kerajaan tidak perlu membayar kos guaman, sepertimana yang beliau tanggung sekarang.

“Namun, kos guaman untuk kes kerajaan tidak perlu dibayar oleh ahli-ahli politik yang berdendam. Mereka boleh kenakan seberapa kes yang mereka mahu terhadap seteru mereka sebab kos guaman ditanggung kerajaan – bukan mereka,” katanya.

Najib berkata, beliau masih “banyak masa lapang” untuk menghadapi satu lagi kes mahkamah selepas kini berdepan enam kes lain iaitu kes SRC, 1MDB Tanore, laporan audit 1MDB, IPIS, lucut harta dan LHDN.

“Lagi pelik ialah kerajaan mahu 22 pihak bayar gantirugi tapi hanya Najib seorang yang dikenakan kes jenayah pulak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan