26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Guna Ordinan Darurat arah institusi kewangan beri moratorium

Mesti Baca


CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendesak kerajaan memanfaatkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk mengarahkan institusi kewangan memberikan moratorium secara automatik kepada kumpulan tertentu.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi berkata, pelaksanaan moratorium itu perlu tanpa sebarang caj tambahan ataupun keuntungan terakru.

‘’ Pemuda UMNO Malaysia menerima banyak permintaan dan maklum balas orang ramai agar bank-bank dan institusi kewangan dapat memberikan MORATORIUM sekurang-kurangnya 3 bulan mengambil kira PKP 3.0 yang diisytiharkan Kerajaan.

‘’Ramai yang mengadu susah dan makin tertekan dengan hambatan ekonomi yang kian meruncing lantaran pengurangan pendapatan yang mendadak akibat PKP yang menghadkan pergerakan dan membantutkan usaha memulihkan perniagaan masing-masing,’’ katanya.

Beliau berkata, hakikatnya tiada satu bank ataupun institusi kewangan yang rugi jauh sekali muflis akibat penawaran moratorium waktu PKP kali pertama dilaksanakan dulu.

‘’Apa guna Proklamasi Darurat jika tidak dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat? Apa guna Ordinan Darurat jika pihak-pihak tertentu dibiarkan mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat?,’’ tegasnya.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan