28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Anwar gesa ahli Parlimen utus warkah pada Agong batalkan darurat

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua anggota parlimen mengutuskan warkah kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mungkin.

Memetik Malaysiakini, dalam surat yang dihantar kepada ahli parlimen, Anwar meminta mereka menulis warkah tersebut Jumaat ini supaya parlimen dapat bersidang sebelum 31 Januari.

“Dalam surat tersebut saya telah mencadangkan kepada semua ahli parlimen supaya mengemukakan rayuan dalam kadar segera.

“Warkah tersebut juga hendaklah disesuaikan menurut pertimbangan semua ahli parlimen atau parti.

Advertisements

“Semoga warkah ini nanti mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat dan seterusnya menitahkan agar sidang parlimen harus diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari 2021 untuk membahaskan isu darurat, Covid-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Darurat dilaksanakan bagi membendung wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas selepas itu berkata parlimen akan digantung dan pilihan raya tidak akan diadakan, tetapi badan kehakiman, kerajaan awam dan kegiatan ekonomi akan berjalan seperti biasa.

Ramai pemimpin UMNO dan pembangkang mengkritik tindakan menggantungkan parlimen sebagai helah bagi menyelamatkan kerajaan PN yang kini didakwa hilang majoriti selepas tiga ahli parlimen UMNO menarik balik sokongan kepada Muhyiddin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan