28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Malaysia kutuk keras akaun YouTube parodi lagu kebangsaan Indonesia

Mesti Baca


JAKARTA – Kedutaan Besar Malaysia Jakarta mengecam keras akaun YouTube MY ASEAN yang menghina Republik itu dengan memparodikan lagu kebangsaan negara ini, ‘Indonesia Raya’. 

Dalam kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebook rasmi Kedutaan Besar Malaysia Jakarta semalam, pihaknya maklum berhubung video yang menghina Indonesia dipercayai dimuatnaik dari Malaysia.

“Kedutaan menegaskan bahawa, pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat masalah tersebut,” kata kenyataan itu.

Kedutaan Besar Malaysia Jakarta  sehubungan itu berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbukti membuat dan memuatnaik parodi lagu Indonesia Raya jika terbukti suspek adalah rakyat Malaysia.

Katanya, pihak berkuasa Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku mengikut undang-undang.

“Kerajaan Malaysia mengutuk setiap bentuk provokasi negatif yang dapat mempengaruhi  hubungan bilateral antara Indonesia dan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, tular berita yang melaporkan lagu ‘Indonesia Raya’ diparodikan dengan menghina Indonesia dan Presidennya.

Parodi lagu Indonesia Raya itu dimuatnaik warganet yang menggunakan akaun YouTube My ASEAN yang dipercayai rakyat Malaysia.

Lagu yang dimuatnaik oleh akaun berlogo Malaysia itu berdurasi 1.31 minit dan ditonton lebih 37,000 kali sebelum dipadam dari YouTube.

Berdasarkan maklumat Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, pihak Kedutaaaan telah membuat laporan polis terhadap akaun YouTube My Asean.

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan