28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mayat mangsa buaya ditemui putus dua

Mesti Baca

MIRI – Mayat lelaki warga Indonesia yang dipercayai disambar buaya dijumpai dalam keadaan mengerikan selepas hanya bahagian kepala hingga dada dijumpai hari ini.

Mangsa, Muhammad Syopyan Nasution berusia 24 tahun, dijumpai pekerja sebuah syarikat perkapalan di parit besar di Jalan Perlis, Kuala Baram pada pukul 9.15 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Dalam satu kenyataan berkata, mayat terputus dua iaitu hanya bahagian kepala hingga dada dijumpai.

Menurutnya, pihak bomba percaya separuh lagi bahagian badan sudah dibaham oleh reptilia ganas itu dan diseret ke dalam parit terbabit.

Advertisements

“Mayat telah disahkan oleh ahli keluarga dan adalah mangsa yang dikatakan telah dibaham buaya semalam,” katanya yang dipetik Utusan Borneo, hari ini.

Sementara itu, mayat diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.

Mangsa dipercayai disambar buaya pada 27 Oktober lalu kira-kira pukul 9 malam namun maklumat kehilangan mangsa baru dilaporkan kepada polis, semalam.

Operasi mencari mangsa segera dijalankan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng sejurus menerima laporan tersebut.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan