29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kapal Dayang Topaz karam, 4 hilang, 1 maut

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Seorang kru kapal platform Dayang Topaz maut manakala empat lagi hilang selepas kapal itu karam di perairan Kuala Baram,Sarawak pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi ini di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.

Kru kapal Dayang Topaz diselamatkan bot penyelamat. foto FACEBOOK MARITIM MALAYSIA

 Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan dari kapal Sapura Construction melaporkan kapal itu menerima isyarat kecemasan dari  kapal Dayang Topaz.

Menurutnya, kapal Sapura Construction  bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kapal Dayang Topaz yang dilaporkan mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut.

LOKASI nahas dari Kuala Baram, Miri. foto FACEBOOK MARITIM MALAYSIA

Sehubungan itu katanya, aset-aset bantuan telah segera bergerak  ke lokasi kejadian melibatkan tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.  

Advertisements

“Pada kira-kira pukul 8.45 pagi tadi, seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zubil berkata, semua kru yang telah dijumpai diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang tiba di lokasi kejadian.  

Pihak MRCC Putrajaya katanya kini sedang giat melaksanakan koordinasi lanjut bagi mencari dan menyelamat empat kru dalam  operasi menyelamat kru kapal Dayang Topaz yang masih hilang. 

Kapal platform Dayang Topaz. foto FACEBOOK MARITIM MALAYSIA

Beliau menambah, punca kejadian masih dalam siasatan.  

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan