24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Klip harimau bukan di Ulu Yam – Perhilitan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menafikan kemunculan seekor harimau di yang didakwa berkeliaran di Ulu Yam, Gombak sejak kelmarin dan video mengenainya tular dalam media sosial.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tiada laporan khas diterima pihaknya setakat ini berhubung perkara itu.

Katanya, sebaliknya siasatan dilakukan pihaknya mendapati maklumat tular itu adalah palsu dan sengaja mahu menakut-nakutkan orang ramai.

“Semakan dilakukan mendapati rakaman video itu diambil di Pambra, Utara India dan disebarkan badan hidupan liar ‘Wayanad Wildlife Sanctuary’ pada 3 September lalu.

“Orang ramai tidak seharusnya panik dan menyebarkan maklumat tidak tepat. Rujuk dahulu dengan pihak Perhilitan untuk pengesahan,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Berdasarkan video berdurasi 43 saat itu, harimau dewasa dianggarkan seberat lebih 100 kilogram didakwa muncul dari kawasan belukar berhampiran jalan raya.

Advertisements

Individu yang menaiki kereta dan melalui kawasan itu bertindak merakam kelibat harimau Malaya itu dalam jarak kurang 20 meter dari dalam kenderaan berkenaan.

Harimau itu yang merenung ke arah kenderaan bagaimanapun enggan beredar sebaliknya duduk di bawah sebatang pokok sebelum kenderaan itu berlalu pergi.

Bagaimanapun ada individu sengaja menyebarkan maklumat kononnya harimau Malaya itu ditemui sekumpulan anggota polis yang melakukan operasi di sekitar lokasi berkenaan kelmarin.


Abdul Kadir berkata, tindakan seumpama itu kerap kali berlaku termasuk rakaman video harimau Malaya didakwa berkeliaran di sebuah ladang kelapa sawit di Selangor.

“Bagaimanapun apabila siasatan dilakukan, video itu dikesan dirakam pekerja ladang kelapa sawit di Sumatera, Indonesia,” katanya.

Beliau berkata, fizikal harimau Malaya dan Harimau Benggala yang mendiami Bangladesh serta India tidak jauh bezanya menyebabkan ramai yang keliru.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan