26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ibu bapa perlu tahu tugas guru sebagai ‘inloco parentis’

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh DATO’ HAZIZAH KASSIM

HAZIZAH KASSIM

TULISAN seorang wanita bertajuk “Di mana guru selepas waktu sekolah?” dalam sebuah akhbar baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Persoalan yang dibangkitkan oleh penulis menunjukkan terdapat kalangan ibu bapa yang tidak memahami skop tugas guru sebagai ibu bapa gantian atau inloco parentis.

Undang-undang menetapkan tugas guru sebagai ibu bapa gantian semasa murid berada di dalam kawasan sekolah atau dalam lain perkataan, semasa waktu persekolahan.

Melalui konsep inloco parentis, guru mempunyai tugas berhati-hati untuk mengambil langkah yang munasabah melindungi murid dan mengelakkan perbuatan yang mungkin menyebabkan kecederaan yang boleh diramal.

Adakah tugas guru sebagai ibu bapa gantian masih terletak di bahu guru-guru selepas waktu persekolahan? Bagaimana pula dengan ibubapa murid?

Dalam keadaan negara masih berdepan dengan ancaman wabak Covid-19, seharusnya ia memberi kesedaran kepada semua pihak, khasnya ibu bapa untuk lebih prihatin terhadap keselamatan diri dan kebajikan kanak-kanak.

Advertisements

Meletakkan beban tersebut pada bahu guru sehingga di luar waktu persekolahan merupakan langkah yang tidak wajar.

Ibu bapa sepatutnya sedar bahawa skop tugas guru sebagai ibu bapa gantian selesai dengan tamatnya waktu persekolahan atau ketika murid-murid berada di luar pagar sekolah.

Jika pun guru mengambil tanggungjawab memantau murid-murid di luar pagar sekolah selepas tamatnya sesi persekolahan, ia merupakan khidmat sukarela dan bukannya tugas rasmi di bawah prinsip inloco parentis. Garis pemisah sebegini perlu difahami oleh semua ibu bapa.

Justeru, sudah tiba masanya ibu bapa didedahkan dengan peruntukan undang-undang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak agar ibu bapa sedar akan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh mereka.

Apa yang penting juga, ibu bapa sewajarnya berhenti meletakkan tanggungjawab yang tidak sepatutnya di bahu guru.

Bersama-samalah kita menjaga keharmonian hubungan antara guru dan ibu bapa kerana ia antara faktor penyumbang kemenjadian murid secara holistik.

• Penulis adalah seorang peguam dan Yang Dipertua PIBG Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Tulisan ini dipetik dari Facebook beliau.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan