25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Sasar jual 6,000 hingga 8,000 lemang dalam lima hari

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

SUNGAI BULOH –  Pengusaha lemang yang menggunakan resepi dari Padang, Indonesia yakin mampu mencapai jualan antara 6,000 hingga 8,000 batang dalam tempoh lima Hari Raya Aidiladha.

Boy Prayoga, 28 berkata, keyakinan itu berdasarkan keupayaan dia dan pekerjanya mampu membakar sebanyak 200 batang lemang dalam tempoh sejam dengan empat pusingan.

” Apabila  santan sudah mendidih baru kita buat pusingan sebanyak dua kali. Kemudian untuk beberapa ketika kita pusing urutan sama sebanyak dua kali lagi.

”Apapun pengawalan api marak sekata amat penting,” katanya ketika ditemui Edisi9 di gerai jualannya di jalan utama Kampung Kubu Gajah, di sini malam tadi.

PETUGAS memasukkan beras pulut ke dalam buluh lemang di gerai jualan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh. Foto: EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ
PEKERJA memasukkan beras pulut ke dalam buluh lemang. – Foto: EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

Boy berkata, dia belajar membuat lemang daripada ayahnya yang merupakan peniaga lemang sejak 20 tahun lalu.

Dia memula berniaga di Meru, Klang sebelum berpindah di hadapan Kolej Vokasional Sungai Buloh dan kini di Kampung Kubu Gajah.

”Kami menjual sebatang lemang dengan harga antara RM 15 hingga 18 sebatang dan bekerja dalam dua syif dengan 8 orang petugas bergilir- gilir dalam tempoh 24 jam,” kata Boy lagi. – Edisi9 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan