31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

DUN Sabah sah bubar, SPR terima notis pembubaran

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima makluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, berdasarkan Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.

“Justeru, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut.

“Tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SPR,” kata beliau dalam kenyataan tiga perenggan hari ini.

Semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah ketika kemelut politik negeri itu berlarutan selepas Tan Sri Musa Aman yang mendakwa cukup kerusi untuk mengambil alih kerajaan negeri.

Shafie Apdal dan Musa Aman

Ia berikutan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini menyokong Pakatan Harapan (PH) telah meninggalkan parti atau menyatakan sokongan kepada Musa.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Barisan Nasional (BN) diumumkan sebagai pemenang dengan majoriti tipis bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri.

Namun, beberapa ADUN BN telah meninggalkan parti dan menyatakan sokongan kepada PH yang ketika itu menang di peringkat Persekutuan, sekali gus membolehkan PH diketuai parti Warisan mengambil alih kuasa daripada BN dan Shafie dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan