34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Cebisan dan tulang manusia ditemukan dalam perut buaya

Mesti Baca

TANJUNG MANIS – Unit Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menangkap seekor buaya dipercayai membaham seorang remaja lelaki yang mencari siput di sungai Batang Belawai, pagi ini.

Memetik laporan Utusan Borneo, buaya dengan ukuran panjang 4.7 meter dan lebar 1.7 meter itu berjaya ditangkap pasukan SFC dengan menggunakan umpan ayam tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan diserang.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, reptilia itu ditangkap kira-kira pukul 9 pagi pada hari keenam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Hasil proses bedah siasat yang dijalankan oleh pihak berkuasa menemukan beberapa cebisan anggota badan serta tulang mangsa.

“Pada masa yang sama, baju mangsa yang dipakai pada hari kejadian turut ditemui dalam perut buaya terbabit.

“Kesemua penemuan tersebut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu, hari ini.

Advertisements
CEBISAN dan tulang manusia dikumpulkan dalam beg plastik. – foto FACEBOOK

Reptilia yang ditangkap itu dibawa ke Rumah Dadat bagi mendapatkan bukti dan bedah siasat.

Proses bedah siasat itu disaksikan penduduk dan juga agensi kerajaan lain yang terlibat dalam operasi SAR mangsa.

Dalam kejadian itu, Ricky Ganya, 14, disambar buaya ketika sedang mencari siput bersama dengan dua lagi rakan dan ditemani oleh ibu saudaranya.

Ketika sedang leka mencari siput di sungai tersebut, seorang daripada rakan mangsa telah melihat mangsa disambar buaya.

Mangsa berusaha untuk menyelamatkan diri dengan berpaut pada akar bakau yang berada berhampiran namun tidak dapat bertahan lama.

Operasi SAR itu turut disertai Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan